Rabu, 25 Februari 2015

Cabaran Guru Alaf Baru



























Info i-think

I-THINK

Apakah program I-Think?

Program I-Think adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid berinovatif

Apa yang diharapkan daripada program I-Think?
  • Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools) murid lebih fokus dan berkeyakinan di dalam kelas
  • Aktiviti berpusatkan murid.
  • Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan sebagai fasilitator

8  Thinking maps

Analisis artikel “Cabaran Profesion Keguruan”. OLEH : Noor Safini bt Zulkefli


Artikel “Cabaran Profesion Keguruan” merupakan salah satu artikel yang di petik daripada majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Mei 2012. Saya telah memilih artikel ini kerana terdapat banyak isu yang boleh diulas dan dianalisis melalui artikel ini.  Secara keseluruhannya artikel ini membincangkan tentang cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh seseorang individu apabila menceburi profesion keguruan. Sememangnya banyak cabaran samaada suka mahupun duka apabila kita memilih salah satu kerjaya profesional iaitu profesion sebagai seorang guru.

Menurut Kamus Dewan (2010) profesion didefinisikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Selain itu, profesion juga merupakan satu bidang pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi tugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya (Mook Soon Sang, 2009). Guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru. Pertama memiliki sijil kelayakan kemahiran iktisas dan perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek. Kemahiran-kemahiran ikhtisas ini boleh diperolehi dengan mengikuti kursus-kursus keguruan yang di tawarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan contohnya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kedua, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Tugas guru adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap kliennya iaitu murid dan melaksanakan segala tanggungjawab dengan amanah dan jujur, dan yang ketiga terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid. Inilah perkara yang paling penting apabila sudah bergelar seorang guru iaitu kemahiran pedagogi.  Menurut Mook Soon Sang (2010) pedagogi didefinisikan sebagai suatu seni pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Guru mahir dalam dalam menguruskan bilik darjah, mahir dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan murid dan lain-lain lagi.

Selain itu, seorang guru yang profesional juga haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat di hormati. Sebagaimana yang kita sedia maklum guru merupakan role model terbaik buat murid. Segala tingkahlaku guru akan sentiasa menjadi perhatian murid apatan lagi penampilan luaran guru. Contohnya cara guru berpakaian, cara guru bercakap semuanya akan menjadi ikutan serta bahan percakapan murud. Maka seorang guru yang profesional haruslah mempunyai sahsiah yang terpuji agar murid akan lebih menghormati guru dan sekaligus memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Antara contoh tingkahlaku yang yang mulia ialah bersabar, adil, bertimbang rasa, menepati masa dan lain-lain lagi.  Di samping itu, semasa mengikuti kursus perguruan juga, guru-guru telah didedahkan dengan aspek pedagogi yang terbaik untuk memahami murid dan dikaitkan dengan teori pembelajaran yang telah dipelajari.

Berikutnya seorang guru yang profesional juga sentiasa berusaha mempertingkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka.  Contohnya, sentiasa cuba menambah ilmu pengetahuan baru mengenai pendekatan,strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang dapat diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa yang sama seorang guru yang profesional juga perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan. Tidak ketinggalan juga, seseorang guru itu juga perlu sentiasa cuba menghadirkan diri dalam kursus-kursus yang di anjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Kursus-kursus yang di jalankan bukannya sebagai satu bebanan buat guru tetapi merupakan salah satu indikator terbaik dalam usaha kerajaan memperkasakan pendidikan negara dari semasa ke semasa. Contoh kursus yang boleh di hadiri guru untuk mempertingkatkan profesion ini ialah Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP). Kursus ini kini menjadi agenda wajib bagi guru-guru di sekolah bagi mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada guru-guru.

Profesion keguruan amat diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran demi meletakkan negara setanding dengan negara maju yang lain. Seorang guru yang profesional juga berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Profesion sebagai seorang guru ini bukan hanya memerlukan kita untuk mendidik anak-anak bangsa malahan kita sebenarnya perlu melaksanakan tugas sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Contohnya sekiranya kita di lantik sebagai Setiausaha Sukan Sekolah maka kita perlulah bijak membahagikan tugas serta menyelesaikan masalah yang timbul bagi memastikan tugas yang di pikul dapat dilaksanakan dengan baik di samping program yang di rancang berjalan dengan lancar.

Akibat daripada tuntutan globalisasi yang semakin mencabar membuatkan guru menjadi salah satu profesion yang amat perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.Contohnya guru perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat, bersikap produkti, proaktif dan responsif, mempunyai kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran  Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata dalam abad ke -21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada kesan globalisasi dan liberalisasi. Contohnya cabaran teknologi masa kini yang yang memaksa para guru untuk menggunakan teknologi ini dengan sebaik mungkin. Oleh sebab kesan globalisasi ini jugalah menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi . Menurut Rizuan Kamis dalam artikel “Cabaran profesion Keguruan” ini menyatakan bahawa alaf  baharu beroreintasi  teknologi maklumat dan komunikasi ini  meminkan peranan yang begitu besar dalam pendidikan. Sebagai seorang guru yang baik kita haruslah sentiasa memandang ke hadapan  dan sentiasa mencuba mencari alternatif terbaik untuk menguasai teknologi-teknologi baru masa kini.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan sebagai satu daripada fokus utama dalam Pembangunan Pendidikan Zaman Dasar Wawasan Negara 2001-2010. Menurut Azhar Haji Wahid (2009), Dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan ICT dalam pendidikan akan di beri tumpuan khusus dalam aspek prasarana, pengisian dan latihan guru sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Dalam menerjah arus globalisasi masa kini, sistem pendidikan negara juga telah mengalami perubahan. Pelbagai pendekatan telah digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan mutu pendidikan negara kita dan salah satu pendekatan atau program yang telah di jalankan adalah intergrasi ICT dalam pendidikan.  Secara umumnya intergrasi bermaksud penyatuan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk perkara baru. Maka intergrasi dalam pendidikan dapat didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat komputer bagi tujuan pengajaran. Pengintergasian itu melibatkan penggunaan alat-alat komputer seperti komputer meja, komputer riba, telefon tangan  serta internet untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengintegrasian teknologi ini bertujuan membantu guru-guru mencapai objektif pengajaran dengan jayanya.

Selain itu, untuk melahirkan masyarakat bermaklumat melalui IT, KPM dan Agensi Bukan Kerajaan seperti Malaysian Institute of Microelectronics atau ringkasnya Mimos dan Telekom Malaysia telah merancang dan melaksanakan beberapa projek untuk menggalakan penggunaan komputer dalam pendidikan. Lima projek tersebut ialah Projek Rintis Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) ke atas 12 sekolah di Selangor; Projek Pusat Ilmu ;Projek Jaringan Pendidikan;Projek Rangkaian Munsyi dan Projek Sekolah Bestari. Antara cadangan yang boleh cuba diambil oleh para guru untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini ialah melakukan satu anjakan paradigma. Para guru seharusnya bersedia melakukan perubahan dalam kepercayaan dan kaedah pengajaran untuk melaksanakan inovasi agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna. Selain itu, seseorang guru itu perlu mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. proses pengintegrasian teknologi dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang berterusan dan sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dari guru itu sendiri.

Guru seharusnya bijak mendidik generasi muda dalam penggunaan internet  secara berkesan untuk pendidikan bukannya perkara yang sebaliknya. Sepanjang mengajar menggunakan peralatan ICT, guru haruslah bijak memberikan pendedahan kepada murid akan cara menggunakan internet, telefon mudah alih, i-pad dan segala alatan teknologi terkini dengan betul. Guru harus lebih tegas menekankan kepentingan menggunakan alatan ICT namun haruslah di gunakan dengan cara yang sewajarnya bukannya menyalahgunakan kemudahan yang di berikan samaada di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, sebagai guru yang baik kita mestilah memastikan murid-murid kita tidak terdedah dengan pengaruh negatif penggunaan internet. Sebagai guru kita seharusnya mengingatkan murid supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif yang sememangnya mudah di temui di dalam intenet. Tanamkan dalam diri murid matlamat utama menggunakan ICT adalah untuk memudahkan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran adalah lebih berkesan bukannya untuk mempelajari perkara-perkara yang tidak berfaedah. 


 Dunia kini terlalu maju sekiranya guru gagal menggunakan segala teknologi yang sedia ada kini pastinya guru akan menghadapi banyak kesukaran dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.Penerapan nilai-nilai murni dalam diri kalangan murid juga merupakan salah satu agenda penting dalam dunia pendidikan. Dapat dilihat kini penerapan nilai- nilai murni semakin luput dan tidak diendahkan oleh segolongan muda mudi zaman sekarang. Namun itu, sebelum guru bertindak sebagai penerap nilai-nilai murni guru haruslah mempersiapkan diri dengan 16 nilai murni  yang terdapat dalam kurikulum pendidikan. Maka di sinilah terletaknya peranan guru untuk menerapkan nilai-nilai murni terutamanya melalui matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  supaya anak-anak didik kita nanti akan mempunyai sahsiah yang terpuji dan sekaligus dapat menyumbangkan sesuatu buat negara dan bukannya menjadi sampah masyarakat yang hanya akan menyusahkan negara di kemudian hari.

Arena perguruan kini juga semakin mencabar dengan pelbagai perlaksanaan program-program yang merujuk kepada transformasi pendidikan agar seiring dengan arus permodenan kini. Demi hari ke hari semakin berat tugas yang harus dipikul dan di galas seorang guru demi memastikan wawasam negara untuk melahirkan masyarakat bermaklumat menjelang Wawasan 2020 tercapai. Sesungguhnya seorang guru itu mestilah sentiasa bersedia daripada segi mental mahupun fizikal bagi menempuh segala cabaran yang datang terutamanya dalam zaman serba moden kini yang memerlukan sepenuhnya komitmen guru untuk menjayakan sesuatu program yang di rancangkan. Seorang guru juga harus bersedia menerima segala perubahan yang bakal berlaku dalam sistem pentadbiran serta sistem pendidikan negara samaada perubahan tersebut positif mahupun negatif.

  Kerjaya seorang guru amat di pandang tinggi oleh masyarakat kerana gurulah seorang pemimipin berjaya di lahirkan, seorang doktor berjaya merawat pesakitnya, semuanya kerana jasa guru yang mendidik. Begitulah betapa besarnya jasa seorang guru kepada masyarakat bangsa dan negara. Ulasan yang dapat saya berikan berdasarkan artikel ini ialah profesion keguruan ini merupakan satu profesion yang mencabar adalah kerana tanggungjawab yang di galas oleh seorang guru. Pertama seorang guru bertanggungjawab kepada anak-anak didiknya dan pada masa yang sama guru juga bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain itu juga, seorang guru juga bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara contohnya Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara, dan juga Falsafah Pendidikan Guru. Seterusnya seorang guru juga bertanggungjawab merealisasikan aspirasi negara terutamanya berkaitan dengan perpaduan kaum. Berdasarkan isu perpaduan kaum ini seorang guru perlulah membuktikan bahawa mereka mampu mewujudkan integrasi nasional dan memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terjamin. Seterusnya guru juga bertindak sebagai ejen keberkesanan pendidikan. Seorang guru mestilah bersikap bertanggungjawab, berkelengkapan, keilmuan, keluhuran peribadi  demi menetukan kejayaan dan keberhasilan sebagai seorang guru. Inilah salah satu cabaran apabila bergelar seorang guru.

Dalam artikel ini juga menyatakan profesion keguruan juga tidak lari daripada berdepan dengan cabaran yang paling besar masa kini iaitu perkembangan sains dan  teknologi. Bidang Sains dan Teknologi yang begitu pesat membangun sehingga memberi  impak yang banyak terhadap institusi pendidikan negara kita khususnya. Dalam artikel ini juga menyatakan bahawa dunia pendidikan telah berubah kepada penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendikan Negara dan sekaligus menjadikan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Contohnya perlaksanaan program pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .

David Ryans dalam bukunya Characteristics of Teachers berpendapat seorang guru yang berkesan dalam menangani  cabaran adalah guru yang bersifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini kerana semua ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang cemerlang ada di sebutkan. Kesemua ciri-ciri seharusnya di tanam dalam diri dan jiwa seorang pendidik barulah mereka dapat menikmati keseronokan dan kenikmatan menjadi seorang guru. Kita seharusnya bersyukur dapat bergelar sebagai pendidik. Segala ilmu yang kita sampaikan akan digunakan oleh orang lain dan sehingga kita sudah tiada sekalipun dalam dunia ini lagi, kita tetap akan di panggil cikgu. Situasi ini tidak akan dapat di beli dengan wang ringgit hanya seorang guru yang memahami mereka mengapa mereka memilih kerjaya sebagai seorang guru.

Dalam artikel ‘ Cabaran Profesion Keguruan’ ini juga memberikan definisi seorang guru dalam konteks pendidikan ialah sebagai seseorang yang berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu. Contoh guru sebagai agen penyalur budaya ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid  supaya sentiasa mengikut budaya dan adat resam supaya mereka tidak lari norma-norma masyarakat. Manakala contoh guru sebagai penyalur ilmu pula ialah guru memberikan semua bentuk ilmu samaada ilmu sains, matematik, bahasa, geografi, sejarah, teknologi dan lain-lain lagi yang dapat di gunakan oleh murid untuk membina kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Selain itu, guru juga berperanan sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid atau dalam kata lainnya berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga dan guru juga merupakan agen perwarisan budaya yang penting dalam pembentukan masyarakat. Dapat dilihat disini, betapa berpengaruhnya seorang guru di mata masyarakat umumnya. Murid-murid menghabiskan lebih daripada masa seharian di sekolah, maka masa mereka banyak bersama guru daripada ibu bapa. Justeru itu, guru memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan sahsiah  murid-murid. Walaupun demikian, ibu bapa juga tidak seharusnya menambahkan beban kerja guru dengan menyerahkan urusan 100% mendidik anak-anak mereka kepada guru. Ibu bapa juga berperanan menjadi role model dan mendidik anak-anak terutamanya ilmu keagamaan supaya mereka tidak mudah terjebak dengan anasir-anasir negatif yang semakin berleluasa kini.

Berdasarkan artikel ini juga dapat dianalisis bahawa proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan tidak di rancang ,pada masa yang sama personaliti guru boleh berubah secara tiba-tiba di sebabkan oleh masalah mahupun tekanan yang di hadapi. Maka seorang guru perlulah menghadapi segala situasi ini dengan profesional dan sedar akan hakikat bahawa guru adalah pembimbing  dan pendidik masyarakat berbudaya dan sentiasa mampu menangani segala cabaran yang datang dengan baik sekali. Seterusnya guru juga memegang tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid samaada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Tugas hakiki seorang guru adalah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat murid-murid. Maka masalah yang di hadapi guru haruslah di tangani dengan baik agar tidak menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Artikel ini juga menyatakan bahawa ada persepsi sesetengah pihak menyatakan tugas atau profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala namun menjanjikan pendapatan yang lumayan. Saya sememangnya tidak bersetuju dengan pendapat ini, kerana meraka hanya nampak tugas seorang guru pada bahagian luaran iaitu hanya mengajar di dalam kelas. Mereka tidak akan memahami pepayahan serta kesulitan yang di alami guru seperti memastikan gred serta peratusan peperiksaan sentiasa meningkat, melaksanakan semua program yang telah di tetapkan oleh kementerian contohnya yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan sebelum ini Program Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bebanan tanggungjawab yang di pikul oleh seorang guru tidak sama sekali dapat di fahami oleh seseorang yang tidak bergelar seorang guru, nampak pada luarannya kerjaya yang mudah namun sekiranya diselisuri rentetan dan perjalanan hidup seorang guru bukannya semuanya indah. Namun di sebalik bebanan tugas yang semakin mencabar dari semasa ke semasa, guru tetap bersemangat mendidik anak bangsa kita untuk terus berjaya bak kata pepatah guru bagaikan lilin sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Segala kepayahan dan keletihan yang di rasai bagaikan hilang di bawa angin apabila melihat anak-anak didiknya berjaya dalam hidup mereka. Begitu murni hati seorang guru dan tiada pada profesion-profesion lain dalam dunia ini yang dapat menyaingi profesion keguruan.

Selain itu, masyarakat umum perlu tahu bahawa apabila bergelar seorang guru sememangnya banyak cabaran yang perlu di tempuh danmemerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion ini berhadapan dengan cabaran di sekolah amnya dan cabaran dalam pengajaran khususnya. Antara contoh cabaran di sekolah ialah memegang pelbagai jawatan penting di sekolah yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah di amanahkan. Contoh satu situasi ini seorang guru yang baru di postingkan terpaksa memgang pelbagai jawatan penting di sekolah seperti Setiausaha Sukan, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Guru Kelas KSSR dan lain-lain lagi, inilah cabaran yang harus ditempuh dan di galas oleh seorang guru.

Manakala cabaran dalam pengajaran pula adalah seperti menyediakan alat serta bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif yang dapat memudahkan proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Selain itu, cabaran guru dalam pengajaran adalah untuk menyesuaikan aktiviti mengikut tahap serta kebolehan  murid. Tidak semua murid mempunyai tahap yang sama, maka ini merupakan cabaran bagi seorang guru untuk melaksanakan pengajaran  yang berkesan kepada murid. Contohnya murid yang bijak  perlulah diberikan banyak latihan yang lebih mencabar daripada apa yang telah di berikan sebelumnya manakala murid yang lemah perlulah di beri latihan yang lebih mudah tetapi mestlah dalam keadaan yang berterusan. Seterusnya cabaran dalam pengajaran juga adalah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid sewaktu pengajaran. Guru perlu lebih peka dalam isu-isu semasa supaya murid sentiasa mendapat pendedahan tentang perkembangan semasa.

Kesimpulannya, apabila kita menjejakkan kaki ke arena perguruan ini, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan segala aspek bermula dari ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi, ketrampilan guru, kemahiran interpersonal guru, kemahiran teknologi dan lain –lain lagi. Selain itu, guru-guru mestilah mempunyai persediaan mental dan fizikal yang kukuh untuk menempuh segala cabaran dalam dunia pendidikan. Setiap profesion yang kita ceburi pasti ada kebaikan serta kelemahannya yang tersendiri. Maka selalulah berfikiran rasional agar kita akan berasa lebih selesa dan yakin dengan kerjaya yang kita ceburi. Pedulikan kata-kata orang yang mengatakan tugas sebagai guru bagai melepas batuk di tangga, segala imbuhan serta gaji yang di terima tidak setimpal dengan hasil yang di perolehi. Mereka hanya tahu bercakap, tetapi mereka di luar sana tidak tahu dan tidak dapat merasai betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar guru sanggup membakar diri demi menerangi hidup orang lain. Selain itu, demi menjamin profesion ini terus dipandang tinggi oleh masyarakat kita mestilah sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu serta kemahiran dalam diri. Apabila sudah bertugas kelak tidak semestinya misi pencarian ilmu dan kemahiran terhenti di sini. Setiap hari kita sentiasa belajar dan belajar bak kata pepatah menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Ilmu itu penyuluh hidup, guru yang berpengetahuan di samping mempunyai keperibadian yang tinggi pastinya akan sentiasa  dikenang dan di sanjungi pelajarnya.

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi akhirnya tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme ini berjaya juga di siapkan mengikut masa yang telah di tetapkan. Sememangnya di akui terdapat banyak pengalaman yang berharga, pahit dan manis yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini.pada peringkat permulaan saya merasakan agar sukar untuk saya membahagikan masa kerana terlalu banyak tugasan yang di terima dalam satu masa. Namun,  di sini saya belajar bahawa kita mestilah bijak membahagikan masa dan janganlah mudah berputus asa dengan apa yang kita lakukan kerana pasti di akhirnya kita akan peroleh apa yang kita hajati.

Seterusnya, bagi tugasan kali ini saya telah memilih artikel bertajuk “Cabaran Profesion Keguruan”.. saya telah mempelajari satu pengalaman baru iaitu mengulas dan menganalisi artikel yang telah saya pilih. Saya dapat belajar dalam proses mengulas dan menganalisi artikel, saya perlu banyak berfikir secara lebih kritis dan kreatif barulah ulasan yang disamapikan akan dapat di fahami oleh orang yang membacanya. Selain itu, setelah mengulas dan menganalisis artikel ini saya mulai sedar akan cabaran yang harus di tempuhi apabila saya bergelak seorang pendidik kelak. Sememangnya tugasan ini membuka mata saya tentang persediaan yang perlu saya buat untuk bergelar seorang pendidik yang profesional,contohnya ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru yang profesional perlulah di terapkan dalam diri saya. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya sering kali melakukan muhasabah diri samaada saya sudah cukup bersedia untuk memasuki profesion keguruan ini. namun stelah mengkaji dengan lebih terperinci serta berdasarkan pada segala ilmu serta kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti pengajian di Institut Perguruan, saya bertambah yakin untuk bergelar seorang guru mulai tahun hadapan. Selain itu, saya juga akan selalu berusaha mempertingkatkan ilmu serta kemahiran dalam diri saya supaya mampu menjadi guru yang terbaik buat anak-anak didik saya. Berikutnya saya juga mulai sedar bukannya mudah bergelar seorang guru sememangnya banyak tanggungjawab yang terpaksa di galas demi merealisasikan hasrat negara. Saya akan sentiasa berusaha menggalas segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik yang mungkin dan menjadikan profesion ini sentiasa di pandang tinggi dan dihormati.

Seterusnya, saya juga bersyukur maklumat berkaitan isu ini agak mudah untuk di cari, di mana saya telah mencari bahan bacaan seperti buku dan jurnal di beberapa perpustakaan, bahan daripada internet dan lain-lain lagi. Perkara ini membuatkan saya memjadi lebih matang dalam memilih bahan yang bersesuaian dengan tugasan terutamanya dari aspek bibliografi atau bahan rujukan untuk mengukuhkan lagi tugasan yang telah saya buat. Ilmu ini sememangnya akan dapat di gunakan lagi apabila saya menjalankan kajian di peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

                                                                          

Program i-think satu transformasi

KUALA LUMPUR – Transformasi kepada sistem pendidikan negara perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi muda yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau berkata, corak pendidikan sebelum ini yang menekankan kepada hafalan perlu diubah dengan menekankan kepada kemahiran proses berfikir di kalangan pelajar agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri mereka. 



“Kita perlu melakukan transformasi pendidikan yang mana intipatinya untuk menggalakkan pelajar berfikir kerana kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis, mampu menyelesaikan masalah, mempunyai fikiran bernas dan luar dari kotak.

“Ini kerana dunia sekarang sudah berubah, jadi keperluan kita untuk menyediakan generasi kini untuk menghadapi dunia akan datang yang pastinya berbeza daripada hari ini,” katanya ketika merasmikan Program I-Think di bangunan Parlimen di sini semalam.

...Seksa jadi Cikgu..

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. 

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. 
- Foto Bernama

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.


“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya. 
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.


Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.


“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

Cabaran yang dihadapi oleh guru dan masalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah


Selasa, 24 Februari 2015

ISU DAN CABARAN SEMASA

Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

 Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013- 2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

INTEGRASI NASIONAL

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:
 1. Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
 2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
 3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
 4. Peningkatan kes gelaja sosial
 5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
 6. Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan (Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, 2005)

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal.

 Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi:
1. Memperkasa bahasa kebangsaan.
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
3. Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.

Guru dan cabaran semasa

“Murid pecah gegendang telinga ditampar guru”, begitulah tajuk berita akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut Hari Guru pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedai-kedai kopi atau tempat-tempat rehat adalah “kenapa guru tersebut melakukan sedemikian rupa?” dan “guru tersebut gila atau sewel?”. Jarang sekali kita mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut umpama “digantung tidak bertali” oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya dan melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.

            Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.
            Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-nilai mumi. (Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).

            Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan awal merupakan antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru berkaitan dengan tekanan emosi, stres dan “burnout”. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan menyebabkan “burnout” di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat pendidikan.
“Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik”            (Nelson et al 2001).
Stress Dan “Burnout”
           
Sistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan negara-negara lain amat memberi kesan yang besar kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai cabaran semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan melakukan tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh guru akan menyebabkan stres dan menganggu kualiti kerja guru. Stres di kalangan guru merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru  ( Payne & Firth,1987). Stres akan menyebabkan pelbagai kesan yang negatif seperti hilang fokus, cepat marah, hilang rasa ingin bekerja dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Stres juga dilihat sebagai punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan (Barling, 1990).          Stres juga boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja dan keberkesanan ke atas produktiviti guru (Grififth & Steptoe, 1999).
Perkataan Stres mengundang pelbagai definisi dan pemahaman secara global. Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata “stringere “ yang mempunyai erti ketegangan  dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami stres dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada padanya.
Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994).
            Istilah “burnout” menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang “burnout” antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi “burnout”. Mereka mendefinisikan “burnout” sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen utama iaitu;
a)    Ketandusan fizikal dan emosi
b)    Produktiviti kerja yang rendah
c)    Personalisasi yang berlebihan

"... a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." (Freudenberger, 1980).

Maslach dan Pines pula  telah mengkaji “burnout” daripada perspektif psikologikal. Kajian mereka berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan tiga factor dalam mengukur “burnout” terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Di samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri kerja dalam sesebuah organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian seseorang itu akan mengalami “burnout”.      (Gold & Ruth, 1993).    
           
Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.

            Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Greenberg dan Baron (2000) menyifatkan tekanan di tempat kerja sebagai “stressor”. Tekanan di tempat kerja yang tinggi boleh menyumbang kepada perletakan jawatan (Erkutlu & Chafra, 2006). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jesus di Portugal pada tahun 2000, antara sebab guru-guru di Portugal mahu meletak jawatan adalah kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif dan tidak memberi semangat untuk bekerja. Apabila melihat konteksnya di Malaysia, adalah menjadi kerugian andainya guru-guru berhenti berkhidmat kerana guru merupakan tunjang utama kepada matlamat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Selain daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.

            Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja.

“semua jenis dan bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang kepada bebanan tugas” (Cooper,1988).
Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Menurut Nelson dan Burke (2000), faktor-faktor peranan seperti kekurangan kuasa, kabur dengan peranan dan tanggungjawab kerja yang sebenar dan peranan di dalam konflik akan memberi tekanan di tempat kerja. Ini akan menyebabkan kerja menjadi semakin banyak dan semakin membebankan.  Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.
“Bebanan tugas yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja sesebuah organisasi mampu memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap pekerja yang terlibat tetapi juga kepada organisasi itu sendiri” (Sanders, 1992).
Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah.


            Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.

            Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya ianya adalah sesuatu yang benar.
Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.

            Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan daripada pihak atasan. Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan  potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.
“etika kepimpinan ini kepada penjagaan hubungan sesama manusia iaitu sentiasa berbaik sangka dan mengelak dari berkonfrontasi sesama sendiri kerana ianya akan membawa kepada perpecahan dalam sesuatu hubungan “(Noddings,1984).
kepimpinan seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain, pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin. Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stres. Menurut Carlopio et  al. (1997), perlakuan sesetengah pemimpin organisasi juga boleh mendorong kepada tekanan di tempat kerja. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama-kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan mereka.


Tindakan yang perlu diambil oleh bakal guru untuk mengelak tekanan emosi

            Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Sebagai salah seorang bakal guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah. Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti. Apakah tindakan yang akan saya lakukan?

            Pertama, mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal, saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi saya, dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di mana-mana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu.


            Kedua, saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang kebiasaannya akan timbul di golongan guru baharu ialah merasa terbeban dengan tugas yang diberikan apabila tiba di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan sesuatu kerja. Berfikiran positif mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan saya lebih redha menerima apa sahaja tugas yang diberi dan pada masa yang sama, saya akan belajar sesuatu daripada tugas yang diamanahkan kepada saya.

            Ketiga dan terakhir, saya akan mendapatkan sokongan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan bagi saya, saya lebih selesa melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan di gereja. Kajian Kyriacou (1978) menunjukkan kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Melibatkan diri dengan aktiviti sosial di gereja akan membuatkan saya melupakan seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Tuhan dan akan membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.

            Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan menyumbang kepada stress dan “burnout” yang mempunyai kesan yang buruk.
            Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa panjang.
            Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya hanya akan mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut meningkat.


Rujukan / Bibliografi

De Jesus, Saul Neves & Conboy, Joseph (2001). A Stress Management Course to Prevent Teacher Distress. International Journal of Educational Management, 15 (3).

Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management Research News, 29 (5), ms 4-5.

Gold, Y, Roth, R (1993), Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: The
Professional Health Solution. Falmer Press, London.

Greenberg, J. & Baron, A. (2000),  Behaviour in Organizations. Prentice Hall
International Edition: New Jersey

Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications

Noddings, N. (1984), Caring: A Feminine Approach to Ethics and Moral Education,
University of California Press, Berkeley.

Kyriacou, C. (1987). “Teacher Stress and Burnout : an International Educational 
Research”. Educational Research. 29 (2) : 146-152.
Maslach C.  ( 1982 ). “Burnout : The Cost of Caring.” Engelwood Cliffs.NJ :
Prentice-hall.

Pines, A & Aronson E. ( 1988 ). Career Burnout : Causes and Cures, New York :
McMillan Inc.